Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah

Profil Daerah

 

LUAS KAWASAN
Keluasan daerah Melaka Tengah ialah 314,000 hektar (297.85 kilometer persegi). Daerah Melaka Tengah terdiri daripada seperti berikut :

PERKARAJUMLAH
Kawasan Bandar43
Bilangan Mukim30
Bilangan JKKK92
Bilangan JKKB9
Bilangan Kampung97
Bilangan Japerun13
Bilangan ADUN13
Bilangan Parlimen3



PENGGUNAAN TANAH

KATEGORILUAS ( HEKTAR )PERATUS (%)
Pertanian17,17155
Kediaman3,39511
Perindustrian1,3094
Tanah Terbiar2,8579
Lain-lain6,68721
JUMLAH31,419100


SEKTOR PEMBANGUNAN NEGERI

Tumpuan utama ekonomi daerah Melaka ialah perindustrian.  Terdapat 10 buah kawasan perindustrian seluas 1,309 hektar iaitu :

BILKAWASAN PERINDUSTRIANLUAS (HEKTAR 
1Ayer Keroh153.49
2Batu Berendam (FTZ)107.01
3Tangga Batu85.32
4Tanjung Kling9.35
5Bukit Rambai141.7
6Cheng (Swasta)340.21
7Telok Mas ( Swasta)62.15
8Krubong (Swasta)98.39
9Sungai Udang (Petronas)242
10Ayer Keroh (Swasta)69.5


Sektor ke dua yang menyumbang kepada ekonomi daerah Melaka Tengah ialah pelancongan.  Pusat Pelancongan utama Kompleks Sejarah, Bukit St Paul, Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Pulau Besar dan Bukit Cina.

Sektor ke tiga yang akan menjadi tumpuan pembangunan ekonomi daerah Melaka Tengah ialah pertanian.  Tanah seluas 17,171 hektar atau 55% digunakan untuk pertanian komersial getah dan kelapa sawit.  Sejumlah 4,269 hektar adalah tanah sawah.  Manakala seluas 413 hektar tanah sawah adalah tanah terbiar.

KEPENDUDUKAN : BILANGAN PENDUDUK DAERAH MELAKA TENGAH SEHINGGA DISEMBER 2005

WARGANEGARA (‘000)BUKAN WARGANEGARA (‘000)JUMLAH BESAR
BUMIPUTERACINAINDIA LAIN-LAIN
239.3152.216.84.221.2439.8


PERHUBUNGAN JALANRAYA / KEMUDAHAN ASAS
Daerah Melaka Tengah mempunyai perhubungan jalanraya dan kemudahan asas yang lengkap dan moden.  Bekalan air dan elektrik telah disalurkan keseluruh kawasan di Daerah Melaka Tengah manakala kemudahan telekomunikasi adalah 98%.
Jalanraya di daerah ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Jalan Negeri dan Jalan Persekutuan.  Jalan negeri merangkumi 829.806 km manakala jalan persekutuan sepanjang 86.85 km.


KEMUDAHAN PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan antara aspek yang diberikan keutamaan di daerah ini.  Terdapat banyak pusat-pusat pengajian yang tertumpu di Daerah Melaka Tengah.
Jumlah sekolah di Melaka Tengah setakat tahun 2005 boleh dibahagikan seperti berikut :

BILANGAN SEKOLAH RENDAH DI DAERAH MELAKA TENGAH

SEKOLAHJUMLAH
JUMLAHSKSJK (C)SJK (T)SK KHAS
53303187

SK          -     Sekolah Kebangsaan
SJKC       -     Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  
SJKT       -     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
SK Khas   -     Sekolah Kebangsaan Khas


BILANGAN SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MELAKA TENGAH

SEKOLAH JUMLAH
JUMLAHSMKSM TEKNIKSMKASMBP
3022135

SMK          -  Sekolah Menengah Kebangsaan  
SMKA        -  Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SM Teknik  -  Sekolah Menengah Teknik 
SMBP         - Sekolah Menengah Berasrama Penuh

Terdapat pusat pengajian tinggi awam di Melaka Tengah iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Melaka, Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Institut Perindustrian Melaka.  Di sini juga terdapat lebih sepuluh buah institusi pengajian swasta termasuk Universiti Multimedia.


KEMUDAHAN KESIHATAN

Di daerah Melaka Tengah kemudahan kesihatan disediakan secukupnya.  Di sini terdapat 59 kemudahan kesihatan pelbagai kategori yang disediakan oleh kerajaan iaitu termasuk Hospital Melaka.

Manakala kemudahan kesihatan dari pihak swasta termasuk hospital dan klinik terdapat 114 buah.

Empat buah Hospital Swasta Ternama di Melaka Tengah

1.    Melaka Medical Centre
2.    Mahkota Medical Centre
3.    Putra Hospital
4.    Pantai Medical Centre

Nisbah * Melaka Tengah

Doktor 1 : 1203 Penduduk
Katil    1 : 237 penduduk


* Nisbah Perbandingan

 

Kalendar



Penafian: Kerajaan Malaysia dan Pejabat Daerah & Tanah Melaka Tengah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan
atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini.
Bilangan Pelawat:
hits counter